Wednesday 2 October 2013

Intrauterine Death (IUD)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi nafas sehingga ke hari ini dan diberi kesihatan yang baik oleh-Nya. Syukur alhamdulillah, penulisan kali ini just nak flash back apa yang dah berlaku. Sebenarnya saya dah pun bersalin. Ikutkan perkembangan mengandung, sepatutnya hari ni dah 32 minggu 1 hari. Saya bukanlah bersalin disebabkan baby nak keluar awal ke apa, baby saya meninggal dalam perut. Tengok tajuk pon dah tau kan. Bayi yang saya kandung meninggal pada usia kandungan 27 minggu 3 hari iaitu pada hari jumaat, 30 Ogos 2013 / 23 Syawal 1434 waktunya xdapat dipastikan. Mungkin awal pagi. Tapi bayi dikeluarkan pada 1 September 2013 / 25 Syawal 1434. 

Sepanjang mengandung pada awal kehamilan sehingga ke bulan ke 4, saya mengalami alahan yang sangat teruk. Tapi saya masih dapat bertahan tanpa mengambil apa-apa ubat tahan muntah. Tapi berat masa alahan naik 1kg setiap bulan. Camna tuh? huhu. Then lepas dah sihat, saya berpuasa ganti, 9 hari. Berat menurun hingga berat awal mengandung. huhu. Masuk bulan puasa, doktor tidak menggalakkan saya berpuasa, tapi saya tetap berpuasa. Saya tak lah puasa penuh. Selang seli. 10 hari tinggal.

Saya dapat merasakan gerakan bayi saya, pertama kalinya, pada minggu ke 18. Teruja ya amat! Bayi saya memang sangat aktif bergerak sampaikan saya fikir, bayi ni mungkin lelaki. Sebenarnya setiap kali scan baby, doktor tak dapat nak pastikan bayi lelaki or perempuan, sebabnya dia selalu kepit kaki. huhu. Saya sebenarnya tak ada masalah semasa mengandung, melainkan masalah berat yang susah nak naik. Lagipun metabolisme saya memang tinggi. Berat memang susah nak naik. :) Its ok. Tak payah nak diet kan. hehe. Tapi itulah, ada orang cakap, mengandung macam xmengandung, tak gemuk2. Nak buat macam mana kan, dah spesies gitu. Perut pon tak besar mana. Baju mengandung pon xbeli dan xsempat beli.

28.08.13, saya check up kt KKIA sungai dua macam biasa, nurse cakap semua ok, jantung baby ok, n kena cucuk kancing gigi. Nak jumpa doktor+nk scan, depa cakap xperlu, tunggu minggu ke 29 nanti. Ok, then balik rumah. Pada 29.08.13, baby saya aktif sangat sejak daripada maghrib or lepas makan gitu, sampai tengah malam, dia memang sangat-sangat aktif. Kadang2 saya rasa geli, kadang2 sakit jugak tapi saya layankan aje. Hubby pun ikut layan baby, main2 ngn dia. Usap perut n bercakap2 sampai tengah malam around 12.15 saya masuk tidur, dia masih bergerak2. Sebenarnya kami tak sangka itu adalah pergerakan2 terakhirnya. Biasanya sepanjang tidur, baby suka tendang jugak, menyebabkan saya tersentak n terjaga tp pada malam tu, saya tidur nyenyak langsung tak jaga, sampai lah pukul 5 pagi. Biasa kalau terjaga pukul 2 or 3 pagi, saya akan bangun solat malam. Tapi dah pukul 5 pagi, saya just tunggu subuh sambil gosok2 perut tunggu baby bergerak. Tapi sampai subuh, baby tetap xbergerak. Bagitau hubby, then hubby panggil2 baby, masih xbergerak. Sampai hubby p lab, dia pesan, kalo pukul 10 masih xbergerak, kol bgtau dia. Dalam masa menunggu baby gerak, saya panggil2 dia, usap2 perut, (dah ngis2 dh) macam2 dh pikir. Bgtau hubby dia terus balik, n trus g klinik. 

Masa di klinik, saya tak diberitahu yang bayi saya dah meninggal, doktor mintak saya kosongkan pundi kencing lepas scan. Sebenarnya doktor tak sanggup nak bagitau saya. Saya ada tanya doktor masa scan, jantung baby ada x sambil air mata bertakung. huhu. Doktor gagap nak cakap tapi saya ignore kan aje. Mungkin detak jantung makin berkurang. Dalam masa saya di toilet, doktor explain kt hubby je. Nasib lah hubby saya seorang yang cool n sentiasa bertenang. Dia masih nak happykan saya. Doktor bagitau mintak refer ke hospital terus. Masuk keta, hubby diam n ngis sebab saya dh nangis2 wlopun xtau apa sebab. Sampai hospital bersalin pulau pinang, hubby pesan, walau apa pun terjadi bertenang n tabah, honey ada sebelah sentiasa sokong syg. huhu. 

Lepas jumpa doktor kat situ n hasil scan (masuk sorg2 je, hubbby kt luar), doktor bagitau, bayi awak dah meninggal. Time ni dah trus mengalir air mata, nangis sungguh2. Doktor panggil hubby, dia pon trus nangis. Mujurlah doktor2 kat situ semua bagus2, sangat memahami. Then petang, jumpa doktor pakar, perkara yang sama diterangkan, saya dh boleh terima saat ni. Doktor tanya, nak balik rehat dl x sebelum bayi dikeluarkan secara paksa(induce). Saya decide nak balik dl sbb saya xbersedia nk dimasukkan ubat n xbersedia nak sakit. huhu. 

Balik rumah, family dtg, bagi pendapat induce di kedah. Parents suami mintak induce di hospital swasta. Then 31 ogos, balik kedah. 1 September induce di PMC kedah. Alhamdulillah semua selamat dan dipermudahkan. Terima kasih ya Allah, terima kasih keluarga kedua-dua belah, sedara mara dan juga jiran2 yang membantu menguruskan pengebumian anak perempuan saya, Ain Nurjannah binti Aizuddin. Juga buat sahabat2 yang banyak memberi kata2 perangsang, kata-kata semangat untuk saya terus bangun dan kuat. Saya sangat menghargainya. Terima kasih buat semua.

Sayangku Ain Nurjannah,
Sesungguhnya ibu sangat menyayangimu, tunggu ibu dan ayah di sana ye sayang. Moga ibu dan ayah kuat dan tabah dengan pemergianmu.

Buat yang membaca, doakan semoga saya terus sihat, kuat dan tabah. Doakan semoga Allah kurniakan zuriat buat saya dan suami. Setiap ujian yang diberikan-Nya pasti ada hikmah. Semoga saya dan suami terus kuat!

Alhamdulillah...Terima kasih ya Rabb





Friday 12 July 2013

Puasa vs hamil

Sumber : Google

 Assalamualaikum...
Lama sungguh rasanya tak update blog. Sebenarnya bukanlah sibuk, more to malas actually. huhu. Since start alahan disebabkan mengandung ni, mood nk menulis tak ada. Tapi harini tetiba nak update pulak. 

Alhamdulillah, harini dah 3 ramadhan. Tp aku baru puasa 2 hari. hehe. Sebabnya hari kedua, aku muntah habis isi perut. Puasa sampai tengahari ja sebab dah tak tahan. Actually, doktor dah pesan aritu, kalo boleh jangan puasa. Walaupun aku dibenarkan puasa, tapi doktor tak menggalakkan aku puasa. Sebabnya, berat aku menurun masa aku puasa ganti bulan syaaban aritu ( 9 hari kena ganti ). Daripada 41kg, turun jadi 38kg. Aku ni kategori kekurangan berat. Doktor risau akan effect kepada bayi kandunganku kalau aku berpuasa. Aku bukanlah tak memikirkan pasal bayi ni. Tapi rasa sangat rugi kalo tak berpuasa di bulan penuh barakah ni. Jadi, aku pun buatlah planning untuk puasa selang seli. Sahur itu wajib hari-hari tapi puasa tu terpulang kepada tahap ketahanan badan aku. Kalo aku penat, aku buka je. Sahur mestilah kena bangun, dah ada suami. Kenalah sediakan sahur untuk dia. Ye dak. hihi. Mujurlah alahan dah tak ada, dah boleh masuk dapur. Dah boleh bau-bau masakan, walaupun kadang-kadang ada bau yang tak menyenangkan menusuk hidung sampai rasa otak lemah sekejap.

Masa aku alahan dulu selama 4 bulan, kini alhamdulillah kandungan dah 5 bulan lebih, alahan aku yang agak teruk (tapi tak la sampai kena tahan wad). Muntah bukan pagi je ok, pagi petang, malam mesti muntah. All day sickness la kiranya. Makan tak lalu, bau-bau tak boleh. Semua kerja rumah suami buatkan. TQ honey. hehe. Kesian jugak kat dia sebab dia seorang yang sibuk dengan pelajarannya, eksperimennya, tapi dia tetap sabar melayan aku, buat semua kerja rumah, lebih kurang 3 or 4 bulan jugaklah. Sekarang alhamdulillah aku dah take over semua kerja rumah. Sekarang ni aku memang fully housewife + out source untuk kerja office lama.

Impian selepas dah berhenti kerja, nak jaga kandungan elok-elok, nak jaga anak sendiri, nak didik dia penuh kasih sayang, nak tengok dia besar depan mata. Kadang-kadang terfikir nak buat bisnes, tapi tak tau nak buat bisnes apa. Lagipun, aku ni bukanlah spesies yang betul-betul semangat nak buat. Just terlintas di minda. hahaha Kadang rasa nak jual pakaian wanita, ataupun pakaian bayi, kadang-kadang malas pulak. haih. Tak bersungguh betul aku ni.

Oh ya, cerita pasal mengandung ni, sebelum mengandung, aku ada bernazar, jika aku mengandung, aku nak khatam al-quran. Alhamdulillah sekarang dah juzuk 17 dan kandungan 20 minggu. Aku harap, aku dapatlah capai nazar tersebut. In Sya Allah, semoga Allah permudahkan.

Ok la, sebelum aku akhiri coretan ni, moh kita check hukum wanita hamil berpuasa di blog kesihatan kegemaran aku iaitu blog Dr Zubaidi :


Selamat berpuasa semua. Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah SWT.

*Aktif sungguh dia time ibu dia tengah cerita pasal dia kat blog. :) Suka la tu..


Sunday 26 May 2013

Hola...

Assalamualaikum...
Udah lama xjenguk blog yg dh bersarang labah-labah ni. Malas sungguh jari ni nk menari menaip. Hubby pon dh tanya " Lama xblogging". Heee. M.A.L.A.S!!!

Nak tau knp? Malas sungguh diri ni since dh sah mengandung. Btol2 malas tau!!

Tunggu la sikit masa lagi nk update pasal mengandung ni. Mood mabuk pon tak habis lg. huhu. Usia kandungan sekarang, tgk kt ticker belah kanan tu yo. ;)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok la.. Papai..

Sunday 31 March 2013

Layan...

Assalamualaikum...
Bosannya arini. Hubby tido lagi. Itula padahnya duk layan Running man sangat. Lepas solat subuh, trus dia bumbum balik. hmm Biar jelah. Nasib la xdk berjanji nk p mana2. Masak pun dh siap. Dah bosan sangat. Jom layan gambar2 ni. hehe

 Keluargaku. Tapi xcukup lg adik beradik.Love my family so much.

Heee...
 
Keluarga belah suami. Love them also.
 
Hehe...
 
Ipar duai dan biras
 
Kwn sek men n ren. Yg bwh, teman dari pagi. Thank BFF muah :*

Ok, tu je. Hehe. Terima kasih semua.

Saturday 23 March 2013

Dadih..

Assalamualaikum...
Okes, pepagi ni just nk tulis pasal dadih. Dadih ye. Jangan typo p tulis dadah sudah. Haha. Haru nanti. Sebelum crita pasal dadih ni, sebelum menaip, baca dulu blog irine nadia. Aish, Jeles plak tengok ibu comel ni mengandung. Comel je dia mengandung. Muda-muda lagi dh nak jadi ibu. Jeles! Jeles! Jeles! Semoga selamat melahirkan baby yg comel dan sihat ye Irinie. Tak lupa jugak tuk kawan2 yg menanti masa tuk bersalin tuh, semoga selamat semuanya ok! Semoga sampai jugak masa aku nanti. Ameen.

Ok berbalik pada dadih. Actually my husband yang mengidam nk makan dadih. Kalah ibu mengandung aih kn. hihi. Dah lama dia ngidam, tp baru harini isteri dia buatkan. Kesian hubby ku. hihi. Sorry dear. Dadih dh siap tapi belom boleh makan. Tunggu petang ckit ye. Dadih ni favourite hubby. So, since dh favourite dia, masa bercinta lagi aku dah belajar buat. Masa mula2 buat tu trus jadi. Terer btol ye aku. Hahaha. Tapi sekarang, kadang2 buat xjadi, kadang jadi. So, aku mula la belajar daripada kesilapan. Masa first time buat, sedap gila. Tekstur lembut. Macam yang orang duk jual tuh. Bawak p opis, then opismate bagi kt cleaner kami jgk. Cik Kiah namanya. Baik tapi GARANG hokay. Tapi skrg dia dh benti. Cik Kiah suh aku buat jual sebab sedap. Kembang semangkuk seyhhh. Hahaha. Lepas kejadian tu, kadang buat dadih jadi agar2 sbb keras. Haha. Kena la baiki balik.

Resepi ni diambil dari blog siapa tah. Dah lupa sbb lama dh duk pakai resepi ni. Pada yg terasa tu resepi dia, maaf ye. Saya ambil tapi dah lupa siapa empunya.

Jom cuba resepi ni :

1/2 drp 1 paket 10 gm serbuk agar (ambk yg clear)
1 liter susu fresh ( aku pakai full cream Dutch Lady) Konon2 nak lemak2 gitu
10 sb gula
700 ml air
1/2 st garam
1/2 sb tepung jagung bancuh dgn 1 sb air ( sesetgh resepi xguna, tp aku letak je) ikut resepi asal konon
emulco (ada byk perisa)

Caranya :
1. Didihkan air then letak serbuk agar2 (kacau sampai serbuk agar2 betul2 larut)
2. Masukkan gula dan garam
3. Masukkan susu
4. Masukkan tepung jagung
5 Letak emulco (kalau nk byk perisa, asingkan dulu ya, lpstu baru letak emulco)
6. Isikan dalam bekas (sila tapis ye)
7. Biarkan sejuk, pastu letak dalam peti ais

*Rajin2 la mengacau sbb xnak agar2 tu mendap je kt bawah. Jgn masak terlalu lama. Lepas letak susu, sekali mendidih tutup. Sbb xnk kuantiti air kurang, then dadih pon jadi agar2. hehe
* Masa nak isi dalam bekas tu, tapis ye supaya dapat tekstur yang lembut, licin, cantik n xdk bendasing yg wujud. So, nanti xcantik.

Ok, ini hasil harini. Hubby just nak perisa jagung je. Dapat 7 bekas tuk size ni.





Selamat mencuba! hehe

Saturday 16 March 2013

Kebab Thai vs Sandwich Thai

Assalamualaikum n selamat pagi ;)
Pagi ni bangun awal solat pastu nk buat sarapan pagi. Sejak2 hubby suka sangat beli kebab thai kat pasar malam,saya pun try belajar selok belok buat kebab thai tuh. Tapi saya xtny la orang tu apa ingredients dia. Just tgk cara dia buat.

One day diri ini terasa nak makan sandwich, then ajak la hubby p Bakti Permai USM. Sandwich situ sedap hokay. Macam2 ada. Then mlm tu hubby ajak shopping brg2 dapur, angkut la skali tuna mayonis,konon2 nk buat sandwich lagi. 

Pagi ni, idea nak buat sandwich ala2 pattaya gitu or kebab thai tu lah,tetiba muncul dalam kepala. Then apa lagi, trus pukul telur, sapu tuna mayonis siap2 kat roti. Letak ckit minyak dlm kuali. Then buat macam telur dadar tapi nipis la (ala mcm nasi pattaya tuh) Then, bungkuslah roti tadi dlm telur tu. Balik2 kn..Tadaaaaaa.. Ini hasilnya :


 
Kebab thai versi saya. Boleh jgak pggil sandwich thai. hehe


*psssst terasa nak letak gmbr kari ketam. Gedikssss..hahaha



Kari ketam

Kari ketam ni bt hari selasa aritu. Hubby cakap ok la..thehehe..Ketam ni sangat besar. Puas hati makan. Kari ni aku buat xtumis pun. Sbb minyak santan nanti akan kuar banyak. So, xnak tambah minyak banyak2. Mula2 tumbuk bawang merah, putih dan halia. Letak 3 sudu rempah kari faiza, letak bawang tadi, n letak santan yang 1st perah. Then letak atas api. Tgk2 slalu tau, nnt rempah hangit. Then bila rempah dh pecah minyak, letak ketam, then letak santan lagi. Kuah tu, ikut suka la nk banyak ke sikit ke. Pandai2 lah.Then letak garam sikit, asam keping sikit. Siap!

Versi yang diajar omak den masak kari ikan xyah tumis sbb kami semua adik beradik xsuka kari yg ada halba or kari penang tuh. So, kari ni senang, n simple je. Kalau kari ayam n daging, kena lah tumis yo.

Sekian.

Tuesday 12 March 2013

Mabuk darah 2

Assalamualaikum semua...

Hari ni cuma nak share kata-kata semangat daripada rakan-rakan yang tak dikenali je. Saya ada hantar soalan kepada sebuah kelab soal jawab ibu & bakal ibu Jom Hamil di facebook. Sekejap je admin kelab ni bertindak, ramai rakan-rakan yang komen dan berikan pengalaman mereka. Jadi, mereka memberi saya SEMANGAT! Terima kasih kepada yang memberi respon. Siap mintak hide nama lagi tuh. hahaha. (malu.hihi)


Yuk mummy2 dan bakal mummy2 sekalian SEMANGAT! hehe. Terima kasih banyak2 rakan-rakan yang ada nama di atas. Anda pemberi SEMANGAT kepada saya. TERIMA KASIH.

Terima kasih!

Friday 8 March 2013

Mabuk darah...


Assalamualaikum,
Rasa lama plak tak menaip kt blog. Sebenarnya banyak je nk update. Tapi asyik lupa je.

Kelmarin p melawat abang kat hospital. Kali kedua dah p melawat dia. Disebabkan masa dan kerja, so, aku xboleh nak p melawat dia selalu. Masa kali pertama p tengok dia, abg ok lagi, cergas lagi, boleh sembang gelak2. Lama jugak duk situ lagipun waktu melawat hujung minggu pukul 1 hingga 7 petang. (Sabtu, Ahad & cuti am : 1.00 pm - 7.00 pm, Hari biasa Isnin - Jumaat : 1.00 - 2.00 pm dan 5.00 - 7.00 pm) Waktu melawat bagi hospital Seberang jaya.

Kali kedua p melawat abg, dia agak lemah, terbaring je. Aku terkejut jgk tgk ada wayar kat lengan dia yang bersambung ke jantung katanya.  Lepastu, dalam wayar/ tiub tu, ada darah la. Ada kesan lagi darah  kt lengan dia. Aku ni plak, konon2 berani, duk dekat ni nk tengok. Sekali xlama tu, kepala dah pusing2, tengok orang pun dh xnampak. Perut dah stat bergelora nak muntah. Aku tahan lagi. Then bgtau suami, aku pening. Suami suruh duduk atas katil abg, sbbnya xdk kerusi disediakan. Aku duduk kejap, then xselesa. Aku ckp kt suami aku nk keluar kejap ambk angin kt luar. Suami trus ikut jgk aku jalan laju gila nk keluar. Actually suami xbagi keluar, suruh duduk je kt katil abg aku tu. Tapi aku berkeras nak keluar jugak. So, suami pun kena follow jgk la takut aku pengsan sorang2 kat luar. 

Kat luar tu, aku duduk n mintak suami beli kan air milo kotak. Pas minum tu sambil lentok kepala kt dinding, rasa dh ok sikit. Pastu, nak masuk ward balik, adik kol bgtau dia ada kat bawah dah. Then tggu adik 2 orang tu sampai, kami masuk sama2. Lepas daripada pusing2 tadi tu, mmg aku dh xpandang wayar kt lengan abg aku tu. Bercakap pun aku tgk muka dia je. Hui.. Seriau betoi! Awat la aku lagu ni kan. Lemah semangat betoi. (Bisik kat suami, cemana nak mengandung n beranak ni huhu). Sebenarnya aku turun daripada mak aku, sbb mak aku pun mabuk darah. Tapi boleh je dia beranak sampai 8 orang. fuh! Hebat tol mak aku. Respect lah!!

Pernah masa kecik2, adik aku kena pisau, tp aku lak yang pitam. Haha. adeh!. Parah! Then masa nak ambk darah sbb nak msuk matrik, nak tau darah apa, doktor, duk cari urat kt lengan nk cucuk. Cucuk je, darah xkuar2, aku dh pusing2, nak pitam. Then doktor suruh aku baring dulu. Nanti cuba lagi. Lepas je baring n rasa ok, aku ckp kt doktor, nnt sy dtg lagi. Xnk skrg. Padahal aku xp pun. Punya lah tkt. huuu. 

Kepada pembaca2 sekalian, kalau anda ada petua or cara untuk menghilangkan mabuk darah, silalah bagitau saya. huhu

* Doakan abg saya cepat sembuh jgk. 

Ya Allah, sembuhkanlah abg (Mazlan bin Baharum) aku, kasihanilah dia Ya Allah. Hanya pada-Mu aku berharap. Sembuhkanlah abg (Mazlan bin Baharum) aku Ya Allah. Tabahkanlah hati dia (Mazlan bin Baharum) menghadapi ujian-Mu Ya Allah. Kuatkanlah semangat dia (Mazlan bin Baharum). Amin Ya Rabbal Alamin~

Tuesday 26 February 2013

Hati-hati memilih produk kecantikan

Produk Kecantikan yang membahayakan kesihatan.

Adakah anda pengguna salah satu produk-produk berikut:-
1. OLAY Total White
2. OLAY Total White Krim Pemutih
3. POND’S AGE Miracle Day and Night Cream
4. Qianyan
5. QUINT’S YEN
6. Skin Enhancer
7. TEMULAWAK Extra Nutrition Cream
8. JINZU Strawberry White n Beauty Soap
9. CARONNE Beauty Day Cream & Beauty Night (Cream)
10.CARONNE Beauty Whitening Cream (Night Cream)
11. CARONNE Beauty Whitening Cream (Day Cream)
12. CR Lien Hua Bunga Teratai (Day Cream)
13. CR Lien Hua Bunga Teratai (Night Cream)
14. CR Racikan LING ZHI Day Cream with Vit. E
15. CR Racikan LING ZHI Night Cream with Vit.
16. CR Day Cream with Vit E
17. CR UV Whitening Night Cream with Vit E
18. CR UV Whitening Day Cream with Vit E
19. DR’s SECRET 3 Skin light
20. DR’s SECRET 4 Skinrecon
21. DR. FREDI SETYAWAN Extra Whitening Cream
22. DR. FREDY SETYAWAN Whitening Cream II
23. FRUITY Vitamin C Whitening Cream (B
24. PLENTIFUL Whitening Night Cream
25. QL Papaya Whitening Peeling Gel
26. QL Day Cream (A)
27. QM Natural Vitamin C & E (Day Cream)
28. SCHOLAR Whitening Cream Night Cream
29. TOP-GEL MCA Extra Pearl Cream Plus Complex Vit. C & E (1208)
30. TOP-GEL MCA Extra Pearl Cream
31. TOP-GEL TG-3 Extra Pearl Cream
32. TOPSYNE Aloe Beauty Cream (TS-858)
33. TOPSYNE Beauty Cream (TS-3)
34. TOPSYNE Beauty Cream (TS-802)
35. TOPSYNE Beneficial Skin Cream (TS-868)
36. TOPSYNE Extra Whitening Cream Vitamin C & Placenta
37. TOPSYNE Whitening Day Cream & Whitening Night Cream
38. TOPSYNE Whitening Cream Vitamin E & C (TS-819)
39. TOPSYNE Extra Beauty Cream (TS-821)
40. ELASTIDERM Decolletage Chest And Neck
41. OBAGI NU-DERM Blender Skin Lightener & Blending Cream PM 5
42. OBAGI NU-DERM Sunfader Skin Lightener With Sunscreen (SPF 15) AM 6
43. OBAGI NU-DERM Tolereen Anti-Pruritic Lotion
44.OBAGI-C RX System CClarifying Serum AM
45. OBAGI-C RX System CTherapy Night Cream PM
46. NOUVELLE Visage
47. Sendayu Tinggi Night Cream
48. De’putih
49. Tabita pun ada merkuri ye...

Untuk pengetahuan anda semua, ini adalah produk bahaya yang orang luar tidak tahu. Kerana produk-produk ini mempunyai merkuri dan hydrokuinon dalam bahan produk mereka.Jika anda adalah pengguna-pengguna salah satu produk tersebut maka tanpa anda sedari anda mendekatkan diri kepada bahaya.

Pemakaian kosmetik yang mengandung Merkuri dapat mengakibatkan:-
  1. Melambatkan pertumbuhan janin 
  2. Mengakibatkan keguguran (Kematian janin dan Mandul)
  3. Flek hitam pada kulit akan memucat (seakan pudar) dan bila pemakaian dihentikan, flek itu dapat / akan timbul lagi & bertambah parah (melebar).
  4. Kesan REBOUND iaitu memberikan respon berlawanan (KULIT AKAN MENJADI GELAP/KUSAM SAAT PEMAKAIAN KOSMETIK DIHENTIKAN).
  5. Bagi Wajah yang tadinya bersih lambat laun akan timbul flek yang sangat parah (lebar).
  6. Dapat mengakibatkan kanser kulit.

Tips untuk anda:
Jika inginkan penggunaan produk yang selamat tanpa kesan sampingan, pakailah produk yang 100% dihasilkan dari ekstrak tumbuh-tumbuhan.

Kerana Pencuci dan Pencerah kulit semulajadi adalah datangnya dari tumbuh-tumbuhan.Banyak lagi produk berbahaya di pasaran. Jika produk yang anda guna itu mencirikan kesan-kesan seperti yang dinyatakan, berhentilah memakainya. Beralih lah pada produk yang berasaskan tumbuhan. 
 
Kredit : Kecantikan Wanita Sejati 2 & Luv Hijab.

*Ce search produk Dr Zai or Zai's Beauty. Produk Dr Zai ni berasaskan tumbuhan ok! Produk ini adalah produk turun temurun dalam kalangan Diraja.Tiada bahan kimia 100% herba dan ekstrak daripada tumbuhan.Saja bagitau sbb aku pernah pakai. Stop sekejap sebab produk ni agak mahal (kena kumpul duit tuk beli, lain lah kalo gaji meletops kn). Stop masa nak kawen aritu, sbb banyak duit diperlukan untuk kawen.hee. Sekarang dalam proses nak pakai semula. wink3. Manyak hepi wooo.
*Dan juga Ronasutra. (Mineral base make up) hee
*Buatan Malaysia hokay. Majulah produk Malaysia. :)
*Sharing is caring. :)

Si penakut dengan bayi

Assalamualaikum...
Semalam aku p tengok baby baru lahir, baby kak farah a.k.a opismate. Kami p melawat kak Farah dan baby, ramai2, selepas bekerja, dalam pukul 5 gitulah. Nak dijadikan cerita, aku ni spesies penakut nak pegang baby, terutamanya yang baru lahir. Memang tak dak ciri-ciri keibuan langsung, cemana nak ada baby kan. huhu. Even nak pegang, nak acah-acah or main-main ngn baby pun aku xreti+xpandai. Ini kan nk jaga baby kan. Nak mandikan, nak susukan, semua2 lah. Semalam kak Rushda paksa aku pegang baby kak Farah, uwa..Memang aku xmau, takut, risau budak tu jatuh. Ha..anak orang tuh. Semua orang gelak kat aku. Cis,cis,cis.Harap2 nanti bila aku ada baby, automatik lah aku pandai jaga baby. hehe. Semalam xbawak kamera, nk tangkap gambar baby kak farah, jadi, aku google jelah baby2 comel kat internet. hehe. Jom tgk baby2 comel. Geram lak tengok baby2 nih. 





 

Sumber gambar : Encik Google

Ok, buat mommy2 to be M2B, silalah bersedia google tips penjagaan baby ya. Terutamanya yang sulong tuh. Zaman sekarang, semuanya dihujung jari. Taip n cari lah. Yang penting, rajin ya. Macam2 tips dah ada di internet. Ini antaranya, cara pegang bayi dari Blogger Ben Ashaari.

Even aku pernah dulu join kursus PERMATA, semuanya tentang bayi, 0-6 tahun, daripada aspek penjagaan, tips2 selamatkan bayi, mandi, urut bayi, semua-semua lah, tapi aku still xpandai nak pegang bayi, jaga bayi, main-main ngn bayi (spesies penakut.lalala). huhu. Tak apalah, semoga nanti dh ada baby sendiri, bolehlah aku praktiskan apa yang aku pelajari dulu. ngeh2. Harap2 berjayalah aku nanti. hehe. Doakan juga aku cepat2 dapat baby ya. ;)

Ok, sekian dulu. Salah silap mohon maaf ya.



Monday 25 February 2013

Fobia dengan anjing

Assalamualaikum...
Hidup di negeri yang majoritinya kaum cina dan india, a.k.a non muslim lah, banyak anjing-anjing yang dibela, atau dibiar berkeliaran. Aku memang gerun kalau jumpa anjing. Rasanya rata-rata, negeri mana pun banyak anjing. Anjing liar, anjing gila semua ada lah. Memang menakutkan. Sudah banyak kali aku dikejar anjing. Masa tuh, balik dari makan dengan suami tunggang motor, gila bak hang, dia ligan sama speed ngn motor. Terjerit2 aku..uwaaa..Memang gerun gila. Tapi time tuh, takut punya pasal, 1 ayat pun xngat. hahaha. Alkisahnya, pepagi, nak p keja pulak, masa suami tengah panaskan enjin kereta, tiba2 ada anjing mai menyalak sakan kat aku. Aku apa lagi, melompat masuk keta, tutup tingkap. Time tu, suami aku p dekat motor dia sekejap. (Rumah aku ni apartment yang berpagar, ada sebuah rumah sembahyang agama Buddha, dan depa bela seekor anjing. Anjing tu sebenarnya diikat, tp xtau macammana die boleh terlepas). Hadui..kus semangat. Bila suami den dah habis belajar, dan bekerja, akanku ajak suami berpindah ke perumahan kaum melayu.

Masa aku masih bujang dulu, ada seorang kawan, share ayat untuk menghalau anjing. Dia dapat info daripada ayahnya sendiri, seorang ustaz di sebuah sekolah di Alor Setar. Anjing yang tengah menyalak kat kita ke, tengah menggila kt kita, ligan (kejar) kita ke, boleh baca ayat ni, Ayat At-Taubah ayat 128 dan 129.






Meaning:
128 : Assuredly there has come to you a messenger from among yourself, heavy upon him is your suffering, ardently desirous of your welfare, and to Muslims is most Kind and Merciful.
129 : If then they turn their faces, then say you, ' Allah is sufficient for me, none is to be worshipes except he. i put my trust in Him, and He is the 'Lord of Supreme Throne'.

Artinya :
128 : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-oarng yang beriman.
129 : Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “Cukuplah bagi Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar “.

Sumber : Ahadees

Barang siapa yg setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari Surah At- Taubah sebanyak 7x sesudah sholat fardhu maka
  • Jika dia seorg yg lemah maka akan menjadi kuat.
  • Jika dia seorg yg hina maka akan menjadi seorang yang mulia.
  • Jika dia seorg yg kalah maka akan segera mendapat pertolongan.
  • Jika dia seorg yg berkesempitan maka akan mendapat kelapangan.
  • Jika dia seorg yg berhutang maka akan segera dapat membayar.
  • Jika dia seorg yg berada dlm kesusahan maka akan hilang kesusahannya.
  • Jika dia seorg yg sulit dlm penghidupan maka akan segera mendapat lapangan kehidupan.
Sumber : Blogger

Walaupun ayat ni dah dihafal, tapi kalau berdepan dengan anjing, aku memang xingat. Aku cuma bertawakal dan baca ayatul kursi. Alhamdulillah, belum ada kejadian yang tak diingini lagi, dan semoga Allah melindungiku,suamiku, keluargaku, dan juga rakan2ku. Amin Ya Rabb.

Maaf andai tersalah, hanya berkongsi. Terima kasih sudi membaca.


Sunday 10 February 2013

Buah apa ni???

Assalamualaikum..


 

Buah apa ni weh??? Ni lah buah zuriat. Hanya terdapat di Mekah. Aku tau pasal buah zuriat ni melalui kak Bell (opismate) n kwn baik aku Ima. Depa ada sebut psl buah ni. Ini adalah salah satu ikhtiar untuk mendapat zuriat. Ini ikhtiar SAHAJA ye, kerana DIA MAHA BERKUASA DAN MAHA MENGETAHUI untuk mengurniakan kita zuriat atau tak. Ok, sebenarnya aku sendiri pun xtau sejauh mana buah ni mujarab untuk dapat anak. Lagipun aku tak ada kawan2 or sedara2 yg pernah bagitau psl buah ni yg betul2 minum air rebusan buah zuriat nih.

Sebenarnya, aku terjumpa buah ni di pasar malam Bayan Lepas. Aku tgk buah tu, dh boleh cm buah zuriat, sbb pernah google gambar buah zuriat. Aku pun tanyalah orang jual tuh untuk kesahihan. Btollah tekaan ku, itu buah zuriat. Aku tanya lagi, untuk apa? Berapa lama tahan? Sampai bila kena minum? Nak bt cemana ngn buah ni? Apa rs air rebusan ni? Beli 1 je xboleh ke? 

Dia ckp buah ini tuk dapatkan anak. Pastu, minum sampai ubat dia habis. err cemana tuh. Sampai rebusan dah xbertukar warna kuning dh (mcm warna teh). Nak kopek kena guna parang, then ambk biji dlm mcm biji buah pinang tp isi mcm kelapa ( aku pun xtau, xkopek2 lg sbbnya xdk parang kt rmh den. ngeee) Then rebus la biji/isi dia tuh sampai bertukar warna. Kena beli dua untuk suami dan isteri. Rasanya dia xtau sbb xprnh cuba. huhu. Ok, xpelah, then aku beli la 2 biji RM25 (diskaun RM5)

Ok, then balik simpan sbb nk kopek xdk parang. Masa beli tuh, dalam hati hanya terdetik "ikhtiar". Xpe kot nk cuba. Jgn percaya 100% dgn kemujaraban buah tuh. Yang penting kita berDUIT. DOA, USAHA, IKTHIAR, TAWAKAL. Berdoa berterusan ok! Jgn cepat putus asa! Rezeki kita dah tertulis. Hanya DIA yang tau.


Doa nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat dan menghadapi kehidupan dalam kesabaran.

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-anbiya, ayat 89)

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) (surah ali-imran, ayat 200)

*sumber : Blogger


Ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah aku dan suamiku zuriat yang soleh dan solehah. Amiin Ya Rabbal Alamin.

* Selain tuh, aku ada jugak ambil supplement untuk kesuburan, dapat pakej kecantikan. hihi. SHAKLEE, pernah dgr? diguide oleh Kak Hanny . Eh, banyaknya ikhtiar aku tuk dapatkan anak. Buah kurma, madu jangan lupa ya!. Semua ini demi insan-insan tersayang, demi anak-anak ibu dan ayah, zuriat keturunan untuk sentiasa mendoakan ibu dan ayah nanti. In sya Allah.


Saturday 9 February 2013

Pencarian berjaya!!

Hye Assalamualaikum~

Pagi nan indah, terasa nak menulis. Selepas selesai kerja rumah, masa tuk mengadap laptop. hehe. Ok, pencarian yang aku maksudkan tuh, bukan lah pencarian model sunsilk ke apa. hehe. Pencarian aku tuh adalah kain untuk buat shawl a.k.a selendang. Sebelum membeli, aku ada mengkaji jgk apa kain yang selalu digunakan. Yang aku suka pakai jenis kain cotton spandex, cotton viscose, lycra sejuk. Ok, chiffon antara jenis material yang aku jumpa kebanyakan pengusaha shawl online gunakan. Jadi, ada masa lapang, aku ajak suami g gedung kain. Antaranya JAKEL dan KAMDAR.

Ok, then aku deal ngn opismate nak buat shawl handmade. Sama-sama belajar. hehe. Kak Rushda a.k.a opismate ajak g JAKEL kt Sungai Petani tuh. Pas berbincang bila nk p, kami putuskan nk p hari Jumaat lepas keja. Tp bukan lepas keja kami p, kami halfday je jumaat tuh. Hehe.

Ok, dalam pukul 2 camtu, lepas solat kami gerak g Sungai Petani. Misi di sana, cari kain chiffon dan kain lycra je. Makkkk aiiiii, banyak gila jenis-jenis kain chiffon.. Aku blur tak tau nak pilih, lebih kurang 2 jam kami shopping situ. Naik jemu budak-budak yang duk follow kami tuh nak advise kami n nak tolong kami. Hahaha. Kesian depa. Last2 kak rushda ambik kain chiffon georgette. Kainnya tebal, dan lembut. Cuma masalahnya kami xtau samada kain tuh akan menjadi ke tak. Kami belasah je ambik. Aku lak ambik kain chiffon georgette n chiffon lining aritachi. Sebenarnya berkenan chiffon georgette tuh, tp kaler yang aku nak xada pulak. so, terpaksa ambk lining aritachi. Kainnya macam sama, xtau apa bezanya. Nama je kot. Haha. Selain tuh, aku jgk ambk kain lycra polcadot, 3 helai. hehe.. 3 Chiffon + 3 Lycra = 6 kain. Pehh, banyak borong. ngeh3

Biru muda

 Kuning (mungkin jgk mustard yellow)

 Hijau tua (effect cahaya that why nampak biru tua)

Ini semua jenis kain lycra polcadot (jenis lembut,sejuk dan berat)


Oh ya, kain lycra ni jgk boleh buat blaus, baju kurung dan seangkatan dengannya pun boleh ya.

Ini jenis chiffon pulak :

 Ini kain chiffon georgette (warna biru tua)

 Kain chiffon lining aritachi (hijau muda)
boleh jugak untuk dibuat lining baju.

 Kain chiffon lining aritachi (coklat cair)

Ini hasil tangkapan den semalam. hehe

Nantikan hasil shawl/selendang aku nanti ya. Doakan aku berjaya. hehe. Actually zero about material nak buat shawl nih. huhu. Ini percubaan pertama saya!

Oh ya, kenapa aku xp ngn suami aku shopping kain2 nih. Sebabnya, masa p survey lagi, dia dh ckp, nanti nak beli kain, p ngn kak Rushda ya, honey xtau nak pilih kain. Nanti syg marah kalo honey xtau nak bagi pendapat. hehe. Ok, sebab tu aku ajak kak Rushda. Lagipun kami mempunyai misi yang sama. Doakan kami berjaya! 

Jangan putus asa ya Ainul n sis Rushda! All the best!!

Tuesday 29 January 2013

Kelantan trip

Assalamualaikum...

Day 1

Penat pun tak habis lagi. Dah nk tulis blog. haha. Sementara memory masih dalam mind kan. Crita pasal perjalanan kami ke Kelantan. Kami nak g Kelantan ni pun sbb nak p kenduri kawan baik aku kawin. So, aku bodek la suami aku awal2 lagi nk p Kelantan. hehe. Bincang punya bincang kami ambk kata putus nak p Kelantan naik bas. Then sewa keta n duk di hotel.
     
Sebelum nak beli tiket bas, aku dah tanya Ely pasal majlis dia. Dia akad nikah pagi jumaat 25.01.2013, ptg nya dia bersanding. Besoknya pulak majlis santai je, just makan2 tuk merai pengantin baru. Aku mintak kat suami aku nk tgk ely sanding. Dia setuju je. Pastu, nak p beli tiket bas, aku dh "mark" Mutiara express. Sbb ada opismate bgtau, bas tu OK dan TERBAIK bg dia la. So, p kaunter bas, dia kata tiket abis tuk pagi khamis 24 hb.huhu. So, cari la bas lain. P tanya kat transnasional, tiket ada lagi. Trus beli. haha
     
Sampai masa nak berlepas dari Sungai Nibung, aku ngn suami aku bergerak dari rumah pukul 8.30 sebabnya bas bertolak pukul 9. Lagipun stesen bas dgn rumah aku dkt je. Awal2 lagi kami dh sampai. Tgk bas transnasional xdk lagi. bas lain yg nk ke kelantan dh ada, Shamisha n Mutiara. So, xpela, kami duduk dulu dkt seat yg disediakan dkt stesen bas tu. Dalam pukul 9 camtu bas mutiara n shamisha dah bergerak. Bas aku tak sampai2 lg. Xpa.. tunggu lagi.. Nak kata kami kena tinggal dgn bas, xmungkin la kan, sbb ramai lagi duk tggu ngn kami nk ke Kota Bharu dgn bas transnasional tuh. Nk sedapkan hati, cool jelah. Duduk n relax. Sampai pukul 9 lebih dkt pukul 10 dh gitu, Xingt pukul brapa Bas xsampai2 lagi. Aku naik p kaunter, tny pasal bas kenapa xsampai lagi kan. Dia ckp, dalam pukul 9.05 minit, dia kol driver, driver bagitau bas rosak. So, depa cakap nk try cari bas lain. Ok, aku turun p dekat kerusi tu balik. Tunggu lagi. Dalam pukul 10 lebih ada budak ni ckp, dia nk ambk duit balik then cari bas lain, ambk bas malam kalau ada. Aku ngn suami aku xtau nak buat apa. Nk decide trus menunggu, or ambk bas lain jgk. Fikir punya fikir, kami pun nk ambk duit balik n beli tiket bas  lain. Kami beli tiket bas mutiara lak, besok pagi nya. So, aku dah xboleh tgk eli sanding. uwaaa....xpa2,sabar. Mungkin ada hikmah.
     
Besoknya kami bergerak, bas berjalan dgn lancar. Tp masalahnya, aku pulak pening2, nk muntah. Sampai Grik, berhenti makan, aku mkn. Nak isi perut kosong n berangin. Suami aku suruh tido, kalau pening lagi. So, aku tido, sambil berzikir n berdoa jgn muntah atas bas. Alhamdulillah aku xmuntah atas bas.
    
Sampai di Kota Bharu dalam pukul 4, suami aku ambik kereta sewa. Then kami bergerak ke rumah exrumet suami aku. Asalnya, mmg nak duduk hotel, tp exrumet suami ajak duduk rumah keluarga dia. Rumah tu kosong katanya. Kereta pun, actually dia nk bagi keta dia. Tp kami segan nak pakai keta dia, kami pun sewalah keta. Dalam perjalanan nk ke rumah dia di Pengkalan Chepa,suami aku singgah nak isi minyak keta. Aku pulak time tu, membuak2 nk muntah. Mmg xtahan gila, trus buka pintu keta, lari cari toilet xjumpa. Aku jumpa sinki n tempat wuduk lelaki je. Argh, belasah je. Trus muntah gila2. Habis isi perut. Penuh sinki. Lega..semua dh buang.
   
Sampai di rumah kawan suami aku, aku trus mandi n solat. Pastu kami keluar cari makanan nak isi balik perut yang kosong ni. Nasib perut boleh terima makanan. Pas makan, suami ajak p PCB, Pantai Cahaya Bulan. Jalan2 situ sambil cuci mata n tenangkan fikiran. Kami nampak makanan seafood celup tepung, ada ketam, udang besau2 gila n macam2 lagi la. Kami beli sikit tuk bawak balik, kot2 lapar nanti, kami ambk  udang besaq, n isi ketam. Otw balik tu, nmpk orang jual baju kelawar, aku apa lagi, ajak suami benti. HAHAHA..trus ngap selai. HAHHAHA..

Day 2

Ok, besoknya nk bertolak ke Pasir Mas rumah Ely pukul 11, msj eli, dia ckp, aku xsiap pun lagi weh. Dh dia xsiap lagi, kami pun trus je g Rantau panjang.hahaha.. Jalan2 situ, banyak gila aku beli. Skirt, asam2, buah murah2 gila, lingerie pun aku beli. HAHAHA. Suami aku beli kacang janggus je. Abis shopping terasa dahaga, aku beli air oren biasa, suami aku beli ais krim luar biasa. HAHA. sbb xpernh tgk ais krim gitu.




    Ini cool ice cream namanya

Lepas setel semua, kami g Pasir Mas, kenduri ely. makan2, lepak2, borak2, makan lagi. Then balik ke penginapan. Malam keluar p beli tiket. Tiket abis..uwaaa..cari punya cari, ada bas Pancaran Matahari je.Tu pun sampai Butterworth je. Xmasuk Penang. Uwaaa..xpelah. amik jgk. Sampai sana nanti, fikir cara nk balik Penang pulak. Pastu p Wakat Che Yeh. Situ xshopping apa sangt sebb brg mahal. Just beli kain batik, sbb org dtg rmh, mntk kain batik, XDK. huu.. grab 3 helai. HAHAHA


   ini la Eli n encik suami nya

 Ini puan Ainul dan suaminya. hehe

 Otw balik dari rumah eli, jmp rumah ni.  Rumah agam ala2 hindustan.
 
Day 3

Dalam pukul 9 pagi gitu, kami kuar cari sarapan, pastu balik mandi, n siap nk kuar p jejalan p bazar Siti Khadijah. Park keta, cari makan dulu. Jumpa kedai makan trus masuk n self service. Sedap! sbb lapar. hahaha. Kuar tu, tgk nm kedai, Nasi Ulam Cikgu. patut banyak gila ulam. Then jalan2 cari BSK. xjmpa, belasah je masuk mana2 bazar terdekat, sbb panas terik, mls nk jln2 pusing cari jgk BSK tuh. Jmp bazar Buluh Bubu. masuk je. shopping2 ckit situ, terberkenan ini! LOCENG ANGIN  atau bahasa english nya WIND CHIME. haha.. grab 1.

Bamboo wind chime 
(yg aku beli, yg belakang nu, ada decoration sikit kt buluh,siap ada rumah burung)

Kakak ada pesan nk kopok kering, round2 xjmp. Kami trus balik penginapan. Rehat, mandi n kemas barang.

Around 6 pm kami check out, then p rumah mak member suami tu, minum petang, ucap trima kasih semua tuk penginapan kami, pastu trus bergerak ke Tesco (dkt ngn stesen bas, n tmpt pass keta sewa). So, ronda2 situ, makan, pastu solat jamak siap2 tuk solat maghrib n isyak. Dalam 8.30 suami anta keta, aku tggu kt stesen bas. Bas sepatutnya gerak pukul 9.30, tp pukul 10 baru gerak.

Pas bas gerak, apa lagi kan, tido...Zzzz..Tido aku dlm bas tido2 ayam je.Xnyenyak sangt. Pastu masa dlm perjalanan around pukul 1.30 pagi camtu kot, aku tersedar bas xbergerak.Dalam kepala aku, mungkin berhenti rehat, then tgk ke luar tingkap, eh, still kat jalan, kenapa bas benti ni. Jgn la bas rosak kt kawasan camni, gelap gila kot..Lama sikit aku terperasan, ada GAJAH!!!! gajah nk lintas tuh, tp dia berundur sikit n tunggu bas kami jalan. Aku yg mcm kanak2 ribena ni gejut suami aku. Honey! honey! honey! Gajah! gajah! gajah!.. Suami ku tgk luar, tp dia xnmpk apa. Myb dia xpasan gajah tu kot (punya besar kan gajah tu, dia boleh xnmpk, isk2) dia tgk luar mcm xdk perasaan apa2. Dia kata gelap je.KECEWA. mamai la tuh suami aku. Ok,aku tgk sorg2 mcm org excited gila first time tgk gajah liar cmtu kan..hik3. Org kata, kalau nmpk gajah nk lintas, jgn hon dia. Nnt dia mengamuk ok. Habis dia sondol keta kau kang.Nauzubillah..Masa aku dgr cita ni dr opismate aku psl gajah, terdetik dlm hati, tringin nk tgk gajah lintas tp xmau yg mengamuk2, yg baik2 aja. Niat aku tu termakbul. Terima kasih ya Allah..walaupun hanya terdetik dlm fikiran, tp aku diberi peluang melihat gajah tu. 

Ok, lps bas bergerak, aku sambung tido2 ayam lg. Sampai di hentian tuk rehat n makan, aku kejut suami tuk g toilet n makan sikit. Pastu sambung  perjalanan sampai ke Butterworth, kejut lagi suami aku. Dalam pukul 4 pagi, kami sampai Butterworth. Camna ni nk balik pulau, tny teksi, dia ckp RM55 tuk ke pulau. Mak aiii..cekik darah kau pagi2 buta. Mentang2 feri xjln lagi time tu. Suami ckp kami xcukup duit. Dia kata, ok saya bagi diskaun (dlm hati mcm ada harapan nk dpt RM20 ka) Skali dia ckp RM50 dh la.. Erk..aku ckp xnk la kt suami. Pastu kami jln sikit ke tempat duduk nk tggu feri konon, ternampak bas Mutiara sampai, kami dua-dua sengih (idea yg sm muncul dlm kepala aku n suami). Suami aku pun p tny kat driver bas tuh. Alhamdulillah, driver ckp boleh, RM5 sorang. Alhamdulillah. urusan kami dipermudahkan. Allhamdulillah.. Terima kasih ya Allah..

Sesampai rumah dlm pukul 5. Kemas2 semua n mandi. Pastu tunggu solat subuh berjemaah bersama. Pass solat dua-dua bommmm..tido kepenatan sampai tghari..hahaha..bangun2, kena masak + penat + malas. Tp kena masak jgk. Kenyang. Sambung kemas. Relax2. Setel semua keja. Tapi kesihatan aku masih xstabil,badan penat, pening, nak muntah semua ada. Adoi...sabo jela.

Sekian, takat ni je kot. 

Terima kasih sudi baca.


Thursday 17 January 2013

Ketam masam manis

Assalamualaikum..
Kali nak update pasal ketam masam manis atau dipanggil suamiku ketam juru. Sebabnya, ketam masam manis kat juru tu sangat sedap!!Tp aku xsure, namanya ketam masam manis ke, ketam masak cabai ke.aku belasah boh nm sendiri je.haha

Ok, dh banyak kali aku bt ketam masam manis ni. Rasanya memang tiktop sedap! (peh puji diri sendiri). Memang sedap hokay. Sampaikan aku nk tukar menu ketam ke ketam masak lemak cili padi pun suami aku xbg. haha

Ok ni resepinya (resepi asal daripada buku resepi yg tebal tuh, drp chef hanieliza, tajuk buku tu, 1 hari 1 resepi)

Bahan-bahan (untuk 2 org je, suami isteri, anak xdk lg)
  • 2 ekor ketam (ambik yg beso2 baru best makan, puas hati,isi byk)
  • 2 sudu cabai kering kisar
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos cili pedas (ikut suka)
  • 1 labu bawang besar (ditumbuk)
  • 2 bawang merah (xnk letak pun xpe)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 cawan Air (agak2 je supaya ketam masak)
  • sedikit garam
  • sedikit gula

Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 yang ditumbuk.
  2. Masukkan cabai kering kisar dan serai.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram.
  4. Masukkan ketam dan air.
  5. Kemudian masukkan garam dan gula.
  6. Apabila kuah dh makin pekat, pecah minyak, tutup api.

nyum2, ready tuk makan..tadaa...ni la hasilnya, siap hiasan bagai :




Sangat sedap hokay.nak gantik ngn udang or sotong pon boleh. Selamat mencuba!

Wednesday 16 January 2013

Waktu mustajab berdoa

Assalamualaikum...

Waktu mustajab untuk kita berdoa.
Saya ambil 100 % daripada Utusan Online :

Sekadar berkongsi untuk diri sendiri dan saudara saudari seumat Islam..

Sumber : en google


NABI SAW telah mengajar umat Baginda agar sentiasa menjaga adab-adab dalam berdoa. Ini adalah kerana doa merupakan sebuah permohonan dan permintaan yang dilakukan kepada Allah Yang Maha Esa.
Mana mungkin Allah SWT menerima sesuatu permintaan yang dibuat tanpa menggunakan bahasa yang terbaik, merendah diri dengan perasaan kehambaan dan pengharapan yang tinggi kehadrat-Nya.
Bahasa doa yang paling terbaik ialah dengan menggunakan bahasa yang ditunjukkan dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amati, doa-doa yang dikemukakan oleh al-Quran dan hadis amat ringkas tetapi padat. Ia tidak berjela-jela dan meleret-leret sehingga terkeluar daripada maksudnya yang sebenar.

Doa-doa daripada para Rasul dan Nabi-Nabi yang dirakamkan dalam al-Quran amat fokus dan tepat dengan maksudnya, di samping menunjukkan sifat kehambaan yang begitu unggul yang dimiliki oleh mereka.
Di samping perlu menjaga adab-adab dalam berdoa, kita juga perlu mengetahui waktu paling mustajab doa. Mudah-mudahan dengan kita amalkan doa pada waktu-waktu tersebut, Allah SWT akan makbulkan semua permintaan dan permohonan kita.

Kita perlu memahami bahawa terdapat waktu-waktu yang dimuliakan Allah SWT berbanding waktu-waktu yang lain. Sebagaimana bulan Ramadan lebih mulia daripada bulan-bulan lain dan hari Jumaat adalah hari paling mulia berbanding hari-hari lain. Ini bukannya bermaksud hari-hari lain tidak mulia, tetapi ia menunjukkan keutamaan dan fadilat yang lebih berbanding yang lain.
Antara waktu-waktu yang dimustajabkan doa ialah;

Akhir satu pertiga malam: Akhir waktu sepertiga malam adalah waktu yang paling terbaik untuk seorang hamba bermunajat kepada Allah SWT. Pada detik dan saat ini, biasanya suasana lebih tenang dan damai, memudahkan sang hamba untuk memberikan fokus dan perhatian kepada pengakuannya dan taubatnya kepada Allah SWT.

Allah SWT juga suka untuk memakbulkan doa orang-orang yang bangun di tengah malam kerana tentunya mereka terpaksa mengorbankan masa tidurnya semata-mata kerana Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah SWT akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa: Waktu ini terpilih kerana orang yang berpuasa telah berjaya mengharungi lebih kurang 12 jam menahan nafsu semata-mata kerana Allah SWT.
Oleh itu, waktu berbuka puasa ialah waktu yang amat mustajab kerana ia membuktikan sifat kehambaan seseorang yang telah meninggalkan keinginannya kerana Allah SWT.
Maka, ketika meraikan kejayaan tersebut ketika berbuka puasa, Allah SWT akan mendengar segala permintaannya dan akan dipertimbangkan untuk dimakbulkan.
Daripada Abdullah bin 'Amr bin 'Ash ra bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa terdapat ketika saat berbuka doa yang tidak ditolak. (riwayat Ibnu Majah)

Ketika selesai menunaikan solat fardu: Ketika seseorang itu menunaikan solat, dia sebenarnya sedang bermunajat, memohon ampun dan berdoa kepada Allah SWT. Solat fardu adalah bukti dan manifestasi kehambaan seseorang itu kepada Allah SWT.
Maka itu, selepas menunaikan solat adalah detik yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh setiap Mukmin untuk berdoa kepada Allah SWT.
Daripada Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah SWT. Lalu Baginda SAW menjawab: "Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardu." (sunan At-Tirmidzi)

Hari Jumaat: Hari Jumaat adalah sayyidul ayyam, iaitu penghulu segala hari. Terdapat banyak peristiwa penting yang telah dan akan berlaku pada hari Jumaat.
Pada hari ini juga terdapat satu detik yang amat berharga. Pada detik itu, Allah SWT akan memakbulkan doa dan permintaan hamba-Nya. Namun, detik itu dirahsiakan dari pengetahuan manusia.
Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu saat yang mana tiadalah seorang hamba Muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah, melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut. (riwayat al-Bukhari)

Antara azan dan iqamah: Azan dan iqamah adalah panggilan untuk mendirikan solat. Pada waktu ini umat Islam akan meninggalkan urusan sehariannya dan akan menumpukan kepada solatnya.
Daripada Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah." (riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Baihaqi)

Ketika sujud: Ketika sedang sujud, seorang hamba akan meletakkan kepala dan wajahnya di tampat yang paling rendah sekali. Ini adalah merupakan satu bentuk pengakuan bahawa dirinya adalah hamba yang sangat lemah, miskin dan hina. Sifat merendahkan diri ini sangat penting untuk merasakan kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Daripada Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ketika waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah dalam berdoa kerana pada detik itu sangat tepat untuk dikabulkan. (riwayat Muslim)
Sebenarnya, terdapat beberapa lagi waktu yang amat dimustajabkan doa seperti malam Lailatulqadar, hari Arafah dan sebagainya. Namun, yang paling penting sekali dalam melakukan doa ialah rasa keikhlasan dalam diri dan sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT.

*PENULIS ialah dari Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
* Sumber daripada Utusan Online untuk dikongsi bersama.

Waallahualam.

Siput Bakar..

Assalamualaikum...
Siput bakar?? hampa prnh dengaq or makan siput bakaq? ada yang pernah , ada yang x kn? aku first time dengaq ok.selalu aku dengaq n makan kerang bakar, burger bakar, udang bakar, sotong bakar dan lain2.

Mana aku dengar or tau pasal siput bakar ni?? dalam facebook.ngeh2, maksu kepada suami yang tag gambar.dia pun tau daripada surat khabar.wah, macam famous je.siap masuk surat khabar lagi. Kena cuba ni.

Sabtu lepas dapat mesej dari maksu.

Maksu : Salam, ada kat mana? nanti malam maksu nk datang tumpang solat maghrib, lpstu nk pegi yob siput bakar.
Aku : wsalam.kami kat queensbay.ok, boleh je.nnt nak join gak.hehe.

Lebih kurang cenggitu la mesejnya.haha.

Ok, masa dalam perjalanan nak ke Yob siput bakar tu, dalam mind aku dah terbayang-bayang siput yang ada. Antaranya of cause la siput sedut.

Yang ni pun aku terbayang gak.huish, biar betik.boleh makan ke? haha. Ini kan spesies siput gak.

Ok, sampai je kat kedai Yob Siput Bakar tu, kami pilih kepah sepinggan RM5, kerang bulu yang besar tu RM5, kupang atau siput sudu  RM10, sbb dia besar2. Dipendekkan cerita, tadaaa..ni la kedai yob tu.

 Yop Siput Bakar (ambik dalam fanpage facebook dia)

Ni alamat nya :
Jalan Akuarium, 11400 Gelugor, Pulau Pinang.berhampiran dengan RECSAM.

Cubalah.sedapppp..cewah, promote! dpt komisen ke? haha..xdklah. kalau sedap bagitau kawan2 kn.

Ini antara yang ada  :
 Ni kupang atau siput sudu. sedap....

Ni siput duri. xtry pun aritu.mcm susah je nk makan.ada duri2 tu.risau tercucuk jari..

Banyak lagi siput ada di situ, tp kena p awal ye.buka pukul 5 petang hokay sampai pukul 11 malam, AHAD tutup.

Okay la..stop sini dl.ngeh2, gigih aku menaip, sambil buat keja lain. mutlitasking habaq hang..

Terima kasih.