Friday 12 July 2013

Puasa vs hamil

Sumber : Google

 Assalamualaikum...
Lama sungguh rasanya tak update blog. Sebenarnya bukanlah sibuk, more to malas actually. huhu. Since start alahan disebabkan mengandung ni, mood nk menulis tak ada. Tapi harini tetiba nak update pulak. 

Alhamdulillah, harini dah 3 ramadhan. Tp aku baru puasa 2 hari. hehe. Sebabnya hari kedua, aku muntah habis isi perut. Puasa sampai tengahari ja sebab dah tak tahan. Actually, doktor dah pesan aritu, kalo boleh jangan puasa. Walaupun aku dibenarkan puasa, tapi doktor tak menggalakkan aku puasa. Sebabnya, berat aku menurun masa aku puasa ganti bulan syaaban aritu ( 9 hari kena ganti ). Daripada 41kg, turun jadi 38kg. Aku ni kategori kekurangan berat. Doktor risau akan effect kepada bayi kandunganku kalau aku berpuasa. Aku bukanlah tak memikirkan pasal bayi ni. Tapi rasa sangat rugi kalo tak berpuasa di bulan penuh barakah ni. Jadi, aku pun buatlah planning untuk puasa selang seli. Sahur itu wajib hari-hari tapi puasa tu terpulang kepada tahap ketahanan badan aku. Kalo aku penat, aku buka je. Sahur mestilah kena bangun, dah ada suami. Kenalah sediakan sahur untuk dia. Ye dak. hihi. Mujurlah alahan dah tak ada, dah boleh masuk dapur. Dah boleh bau-bau masakan, walaupun kadang-kadang ada bau yang tak menyenangkan menusuk hidung sampai rasa otak lemah sekejap.

Masa aku alahan dulu selama 4 bulan, kini alhamdulillah kandungan dah 5 bulan lebih, alahan aku yang agak teruk (tapi tak la sampai kena tahan wad). Muntah bukan pagi je ok, pagi petang, malam mesti muntah. All day sickness la kiranya. Makan tak lalu, bau-bau tak boleh. Semua kerja rumah suami buatkan. TQ honey. hehe. Kesian jugak kat dia sebab dia seorang yang sibuk dengan pelajarannya, eksperimennya, tapi dia tetap sabar melayan aku, buat semua kerja rumah, lebih kurang 3 or 4 bulan jugaklah. Sekarang alhamdulillah aku dah take over semua kerja rumah. Sekarang ni aku memang fully housewife + out source untuk kerja office lama.

Impian selepas dah berhenti kerja, nak jaga kandungan elok-elok, nak jaga anak sendiri, nak didik dia penuh kasih sayang, nak tengok dia besar depan mata. Kadang-kadang terfikir nak buat bisnes, tapi tak tau nak buat bisnes apa. Lagipun, aku ni bukanlah spesies yang betul-betul semangat nak buat. Just terlintas di minda. hahaha Kadang rasa nak jual pakaian wanita, ataupun pakaian bayi, kadang-kadang malas pulak. haih. Tak bersungguh betul aku ni.

Oh ya, cerita pasal mengandung ni, sebelum mengandung, aku ada bernazar, jika aku mengandung, aku nak khatam al-quran. Alhamdulillah sekarang dah juzuk 17 dan kandungan 20 minggu. Aku harap, aku dapatlah capai nazar tersebut. In Sya Allah, semoga Allah permudahkan.

Ok la, sebelum aku akhiri coretan ni, moh kita check hukum wanita hamil berpuasa di blog kesihatan kegemaran aku iaitu blog Dr Zubaidi :


Selamat berpuasa semua. Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah SWT.

*Aktif sungguh dia time ibu dia tengah cerita pasal dia kat blog. :) Suka la tu..