Friday, 8 March 2013

Mabuk darah...


Assalamualaikum,
Rasa lama plak tak menaip kt blog. Sebenarnya banyak je nk update. Tapi asyik lupa je.

Kelmarin p melawat abang kat hospital. Kali kedua dah p melawat dia. Disebabkan masa dan kerja, so, aku xboleh nak p melawat dia selalu. Masa kali pertama p tengok dia, abg ok lagi, cergas lagi, boleh sembang gelak2. Lama jugak duk situ lagipun waktu melawat hujung minggu pukul 1 hingga 7 petang. (Sabtu, Ahad & cuti am : 1.00 pm - 7.00 pm, Hari biasa Isnin - Jumaat : 1.00 - 2.00 pm dan 5.00 - 7.00 pm) Waktu melawat bagi hospital Seberang jaya.

Kali kedua p melawat abg, dia agak lemah, terbaring je. Aku terkejut jgk tgk ada wayar kat lengan dia yang bersambung ke jantung katanya.  Lepastu, dalam wayar/ tiub tu, ada darah la. Ada kesan lagi darah  kt lengan dia. Aku ni plak, konon2 berani, duk dekat ni nk tengok. Sekali xlama tu, kepala dah pusing2, tengok orang pun dh xnampak. Perut dah stat bergelora nak muntah. Aku tahan lagi. Then bgtau suami, aku pening. Suami suruh duduk atas katil abg, sbbnya xdk kerusi disediakan. Aku duduk kejap, then xselesa. Aku ckp kt suami aku nk keluar kejap ambk angin kt luar. Suami trus ikut jgk aku jalan laju gila nk keluar. Actually suami xbagi keluar, suruh duduk je kt katil abg aku tu. Tapi aku berkeras nak keluar jugak. So, suami pun kena follow jgk la takut aku pengsan sorang2 kat luar. 

Kat luar tu, aku duduk n mintak suami beli kan air milo kotak. Pas minum tu sambil lentok kepala kt dinding, rasa dh ok sikit. Pastu, nak masuk ward balik, adik kol bgtau dia ada kat bawah dah. Then tggu adik 2 orang tu sampai, kami masuk sama2. Lepas daripada pusing2 tadi tu, mmg aku dh xpandang wayar kt lengan abg aku tu. Bercakap pun aku tgk muka dia je. Hui.. Seriau betoi! Awat la aku lagu ni kan. Lemah semangat betoi. (Bisik kat suami, cemana nak mengandung n beranak ni huhu). Sebenarnya aku turun daripada mak aku, sbb mak aku pun mabuk darah. Tapi boleh je dia beranak sampai 8 orang. fuh! Hebat tol mak aku. Respect lah!!

Pernah masa kecik2, adik aku kena pisau, tp aku lak yang pitam. Haha. adeh!. Parah! Then masa nak ambk darah sbb nak msuk matrik, nak tau darah apa, doktor, duk cari urat kt lengan nk cucuk. Cucuk je, darah xkuar2, aku dh pusing2, nak pitam. Then doktor suruh aku baring dulu. Nanti cuba lagi. Lepas je baring n rasa ok, aku ckp kt doktor, nnt sy dtg lagi. Xnk skrg. Padahal aku xp pun. Punya lah tkt. huuu. 

Kepada pembaca2 sekalian, kalau anda ada petua or cara untuk menghilangkan mabuk darah, silalah bagitau saya. huhu

* Doakan abg saya cepat sembuh jgk. 

Ya Allah, sembuhkanlah abg (Mazlan bin Baharum) aku, kasihanilah dia Ya Allah. Hanya pada-Mu aku berharap. Sembuhkanlah abg (Mazlan bin Baharum) aku Ya Allah. Tabahkanlah hati dia (Mazlan bin Baharum) menghadapi ujian-Mu Ya Allah. Kuatkanlah semangat dia (Mazlan bin Baharum). Amin Ya Rabbal Alamin~

2 comments:

  1. teruk ka weh abg lan tu? ni dah kuar blom? ang ni plak yg buat lawak kt spital tu haish...hehe

    ReplyDelete
  2. blom g..doc tahan 6 minggu lagi+ seminggu dh duk = 7 minggu gak kena tahan. dia boleh pindah spital AS kot. duk seberang jaya, mak ayahku ssh nk p tgk dia. pstu hosp SJ padat sgt,dia xselesa duk situ. Xteruk, nmpk teruk sbb xlarat kena boh wayar tu kot. Sbb sakit, dia kena duk diam2 la. Tp dia boleh bt semua sndiri dia. Dia bkn bg kami p tgk dia sgt, dia kata dia ok ja. Nak2 plak aku ni lemah smgt + mabuk darah. hehe. Asalnya dia demam ja. Pastu kena tahan la, suhu 39'.

    ReplyDelete