Tuesday, 15 January 2013

Kehidupan berdua...

Assalamualaikum...
Tiktoktiktok, arini dh lebih kurang 4 bulan 24 hari aku dah bergelar isteri orang.heee. Aku selamat menjadi isteri orang pada 22 Ogos 2012 iaitu hari raya aidilfitri ke empat ataupun bersamaan dengan 04 Syawal 1433.

 Ini gambo den kawen, tp ini belah lelaki di kuantan (gambo nikah n belah den, ada dlm CD lg, maleh nak buka CD)

Eh, berbalik pada topik asal, kehidupan berdua. Ha, bila dah berdua ni, macam2 dah berubah.Dulu malas masak, tp sekarang kena la rajin2 masak.Siap beli buku resepi masakan yang tebal gilos tu.haha.tp xdk la rajin sangat pun.haha. Ok, pastu, semua keja rumah kena buat lah.apa lagi kan tugas isteri.dulu, nk pegang penyapu pun malas.haha.xcaya, tny kakak aku.ngeh2.Ok, lain2 tu pk sndri lah kan.mls dh nk nulis panjang2.hehe

Dah 4 bulan lebih kawen ni kan, ramai la orang tanya, 'Ainul xngandung lagi? " ke ainul merancang?" oh! sentap! bukan saya yang merancang..Allah yang merancang untuk saya.huhu. tp bukan itu yang aku jawab. aku just cakap "tak merancang pun, belum ada rezeki lg".Takpalah, mungkin rezeki lambat, mana tau dapat kembar ke.amiinn..ngeh2. Lagipun awal lagi ni baru lagi ni kawen.(nak sedapkan hati sendiri,huu). Bila asyik dgr kawan2 mengandung, macam best je moment tu kan.baby tendang2,guling2,tumbuk2 mak dia.Bestnya, In sya Allah, jika di izinkan Allah, moga aku dan suami cepat2 dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin~

Ok la..kalo uolls terbaca blog ni ( baru lg ni, baru 2x jejak haha) doa2kan la aku n suami ye.moga kami cepat2 dikurniakan anak.

Terima kasih ;)
pssssst patutnya nak crita pasal hari kejadian, iaitu hari bahagia den.tp rasa cm malas lak nk buka buku lama.terlalu banyak onak dan duri, dugaan sebelum berbahagia n selamat dinikahkan.Alhamdulillah Terima kasih Ya Allah kerana semuanya telah selesai n selamat semuanya. Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment